Sunday 17 April 2011

RESDUNG

APA ITU RESDUNG?

Resdung atau sinusitis adalah masalah ketidakselesaan kawasan hidung dan sekitarnya dengan SIMPTOM berikut:
HIDUNG sering tersumbat, berkahak, gatal, berhingus, berair, sakit dan merah di pangkal hidung, kurang deria bau, kerap bersin terutama waktu pagi dan selsema berpanjangan.
MUKA gatal, sakit & merah di pipi, kelihatan bengkak, sakit bahagian kening, sakit kepala dan jerawat terutama jerawat batu.
MATA gatal, bengkak, merah dan berair.
BADAN sering keletihan, lelah, rasa kurang sihat, batuk kronik, banyak kahak, ruam di belakang badan dan kuku hitam.
KEPALA sakit, rambut gugur, kebotakan dan berkelemumur.
MULUT nafas berbau, sakit gigi. Antara penyakit lain yang berbahaya yang dikaitkan dengan masalah resdung adalah ketumbuhan dalam hidung seperti "nasal polyps" dan kanser.
Sekiranya resdung yang semakin teruk tidak dirawat dengan segera, radang pada ruang udara ini akan merebak ke bahagian-bahagian lain seperti ke bahagian mata yang boleh menyebabkan kelopak mata menjadi bengkak dan sakit, pandangan kabur dan buta.
Jika ia merebak ke bahagian tekak berhampiran selaput otak, kemungkinan besar penyakit meningitis akan terjadi dan boleh menyebabkan otak bernanah (intracranial abscess) apabila ia merebak ke bahagian otak.

No comments:

Post a Comment